Meragam
atau 'memberontak' adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada
kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerunsingan dan kemarahan
orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.
Bagi
mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan
bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenalpasti apa pencetus kepada
sikap mereka itu.
Seorang
pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed
Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara
mengatasinya.
1. Isu biologi
Kebanyakan
kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara
penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan
digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.
Bagi
mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat
mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu
tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual
perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.
2. Kekurangan aktiviti
Ketiadaan
aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap
'memberontak' kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti
untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan
ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku,
video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.
3. Kehendak
Kebanyakan
kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau
melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan
arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan
hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.
Sekiranya
kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang
penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara
terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.
4. Menunggu
Ada
pula kanak-kanak yang akan 'memberontak' apabila tidak memperoleh apa diingini
atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak
bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau
sebentar.
Jadi
ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat
mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh
tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti
digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika
mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.
5. Bina semangat
Sesetengah
kanak-kanak bersikap 'amat sempurna' dan 'tidak boleh menerima kekalahan' dalam
segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa
anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti
yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah
sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.
6. Melawan untuk perhatian
Bagi
sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka
mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.
Kanak-kanak
tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka
memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang
pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada
dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.
Sumber : Utusan Online
semoga kita dapat info berkenaan hal ini....
ReplyDelete