Madu berasal daripada sari bunga ( yang ni Mcik Adah tau cuma madu kelulut tak tau..ingat madu ni same je semuanyer..). Madu
kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma Mcik Adah agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Itupun selepas ayahanda saya telah mengesyorkan madu kelulut ni disebabkan masalah Astma saya yg semakin teruk.. Apa itu kelulut?
Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak
bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang
kompleks. Kelulut ini biasanya bersarang
pada batang kayu yang telah ditebang.
Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah (first time rasa ingat dh rosak or basi...nasib baik hubby I bg tau kata mmg cm gitu rasanya). Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet. Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan . Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.
Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.
Dalam Al-Quran
terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman
Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah:
Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang
dibuat manusia.”
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” Secara amnya, madu ( tak kira apa jenis madu sekalipun) telah terbukti menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia melalui Al Quran dan kajian secara ilmiah oleh pakar perubatan.
Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Secara ringkasnya fungsi madu kelulut ialah:
·
Meningkatkan daya tahan
tubuh
· Mencegah serangan strok
· Melancarkan peredaran darah
· Meningkatkan pengeluaran hormon
· Memperkuat fungsi otak dan jantung
· Memperbaiki sel tubuh yang rosak
· Mengendurkan urat-urat yang tegang
· Menghilangkan rasa letih, meningkatkan

metabolisme badan
·
Meningkatkan kecerdasan
anak
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas
· Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
· Membantu masa penyembuhan selepas
pembedahan
·
Mencegah kanser· Mengurangkan resdung
· Membantu penyembuhan luka diabetes
· Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
· Mencegah pembentukan batu karang
· Membantu menurunkan tahap tekanan darah
· Merendahkan tahap kandungan gula dalam
darah
·
Melancarkan pernafasan· Mengurangakan lelah/asma dan banyak lagi...
No comments:
Post a Comment