Seringkali kita dengar tentang ungkapan meningkatkan tenaga, mengurangkan berat badan, mengatasi tekanan, meningkatkan prestasi, dan mengurangkan kedut! Apa reaksi kita?Mesti teruja kan?Termasukla Mcik Adah ni....hehehe
Bila Mcik Adah dengar ja terus terbayang tetiba badan cantik cam Erra Fazira la,Ziana Zain dan seangkatan yang mengancam gitu...Mcik Adah pun dengan tak berfikir panjang, tak pandang ke belakang ( bukan sebab orang larang yer..) terus membeli sebanyak mungkin vitamin dan supplements yang disyorkan...kerana sudah tidak tahan melayan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan baju yang semakin mengecil (baju gak la yg salah yer) heheehe.Biarla Mcik Adah berhabis beratus-ratus ringgit asalkan impian Mcik Adah nak melaram ngan baju baru yg lebih hangat,menyengat dan tertambat hati sesiapa yg memandangnya... (Cheehh waaahh...) perasan la konon...
Malangnya hidup tak seindah impian (cam tajuk novel la plak)...nak dijadikan cerita....pada satu malam, Mcik Adah telah bertemu dengan cik Google...dan ada maklumat yang telah disampaikan pada Mcik Adah....korang nak tau apa???? Meh cini Mcik Adah nak gi tau...kata-katanya berbunyi begini....
"Pakar mengatakan bahawa dalam makanan kita sememangnya sudah ada vitamin dan mineral, tetapi fungsi utama mereka adalah untuk mengisi
jurang nutrien kecil. Mereka adalah "makanan" yang bertujuan untuk
menambah diet anda, tidak mengambil tempat makanan sebenar atau pelan makanan
sihat".
Meh kita tengok apa lagi yang Cik google bagitau kat Mcik Adah secara lebih mendalam berkenaan apa yang
vitamin dan mineral boleh dan tidak boleh lakukan untuk kesihatan anda.
"Makanan Pertama, Kemudian Tambahan"
Vitamin dan makanan tambahan yang lain tidak boleh dijadikan pengganti makanan. Mereka tidak boleh menggantikan semua nutrien
dan manfaat makanan keseluruhannya .sebaliknya hanya boleh menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita. Ia juga boleh membantu mencegah kekurangan yang boleh menyumbang kepada keadaan yang kronik.Contohnya kalau kita rasa tulang kita dah xberapa nak kuat...makan vitamin D dan kalsium..insyaAllah berkesan.. Tetapi pokoknya Vitamin atau mineral bukanlah tiket untuk kesihatan yang baik.
"Kuasa besar dalam pinggan bukan dalam pil"
Ia adalah lebih baik untuk mendapatkan nutrien anda dari
makanan, "Makanan mengandungi
beribu-ribu fitokimia, serat, dan banyak lagi yang bekerja bersama-sama untuk
menggalakkan kesihatan yang baik yang tidak boleh ditiru dengan pil atau koktel
makanan tambahan."
So....Mcik Adah pn terpikir.."Apa yang Vitamin dan Mineral Tambahan boleh lakukan untuk aku? Pentingka untuk
Kesihatan aku? duit dah banyak habis ni....(huhuhu)
Sebelum Mcik Adah meninggalkan Cik google dia ada berikan beberapa tip untuk pemilihan vitamin dan mineral. panjang gak la tipnya...
- Fikirkan makanan berkhasiat dulu, dan kemudian baru tambah apa yang kurang.
- Mulakan dengan mengisi kereta runcit anda dengan pelbagai makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien. (yg ni Mcik adah lemah skit) huhu
- Mengambil kira tabiat pemakanan anda. Menilai apa yang hilang dalam diet anda. Adakah anda mengelak daripada kumpulan makanan tertentu? (yg ni rasa cam confident bleh buat..sbb Mcik Adah kalau bab makan tolak batu n kayu ja) hahaha
- Ambil seboleh-bolehnya tiga hidangan tenusu setiap hari untuk mengambil kalsium dan vitamin D tambahan untuk nutrien yang berkurangan.
- Pilih multivitamin yang menyediakan 100% atau kurang daripada Nilai harian (DV) sebagai sandaran untuk mengisi kekurangan nutrien dalam diet anda.( yg ni xpenah amik tau...nk kena check balik ni)
- Adakah anda seorang penggemar makanan segera? Jika diet anda cukup banyak terdiri daripada minuman manis dan lain-lain yang rendah-nutrien, kentang goreng, dan burger, maka tambahan tidak adalah jawapannya.(Alamak...ni cam ner ni...patut Mcik Adah rasa cm xberkesan ja rupa-rupanya makanan paberet angkaranya...)
- Dapatkan nasihat pakar diet berdaftar.
- Ikut had pengambilan yang ditetapkan.Jangan ambil berlebihan daripada 100% daripada DV kerana berpotensi menyebabkan keracunan .
- Pilih makanan yang kaya dengan kalium, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan daging kerana ia cara yang terbaik untuk mengisi kekurangan kalium,
- Pilih multivitamin seperti kalsium dan vitamin D sebagai perlindungan
Tamat saja pertemuan ngan cik google, mcm2x yg Mcik Adah rasa...Antaranya:
- rasa sedih (sbb dah habiskn hampir seribu ringgit)
- rasa kecewa (harapan nk melaram dah musnah)
- rasa gembira (sbb dapat informasi yang sangat berguna..ye la watnya Mcik Adah meroyan mkn belebihan supplements... nk kurus cepat la katakan...saya jgk yg sakit... )
Supplements yang Mcik adah beli bagai nak rak tu tetap Mcik Adah makan tapi niat untuk c-hat ja la dan di ambil dengan kuantiti yg betul...
- Mcm Mcik Adah ni suka sakit lutut dan mudah lengoh badan..bila ambil calcium osteMatrix (Shaklee) rasa dah makin kurang..tapi makan berselang sebab Mcik Adah ni ada masalah sembelit...ter effect la jgk kalau mkn hari2.
- Suka selsema pn yer jgk... so, Mcik Adah amik vita-C (Shaklee) Alhamdulliah..selsema pn kurang.Sebenarnya Mcik Adah cukup takut ngan selsema ni..kalau skali dia serang..alamak makin menjadi-jadi penyakit astma Mcik Adah ni...skrg astma pn dh jarang kena lega sangat....
- Pastu Mcik Adah ambil Omega Guard (Shaklee)..yela..Mcik Adah ni tergolong dalam kumpulan yg sangat 'sihat' kira golongan yang berisiko kolestrol tinggi kan....jd kena la buat seuatu kan...
- Tadi kan Mcik Adah ada sebut pasal sembelit yer dak...jd I ni pun ambilla Herb-Lax (Shaklee)..benda ni mcm julap la...tapi bkn utuk mkn selalu..kalau time najis tegar tu kena la ambil n untuk cuci usus...bila lepas membuang hasil daripada penangan Herb-Lax (Shaklee) ni rasa ringan skitla badan ni...xder ler semput nak bergerak....
- Tahun 2012 Mcik Adah bersalin secara Caesarean..pastu xderla mengurut bagai...ditambah plak Mcik Adah ni kategori xmakan dek saman...bodoh xleh nak tegur cerdik xleh nak menumpang...dibuatnya minum ais masa dalam pantang siap minum pepsi la...mkn KFC lg masa dalam pantang...mmg spesis berani mati Mcik Adah ni...tapi Alhamdulillah...xder perkara buruk yg berlaku....menggigil sikit2x tu adala...hahaha...(meroyan agaknya time tu)huhu..selepas 3 ke 4 bulan baru rasa badan ni cam xberapa nak fit...sampaila jumpa Alfalfa Complex (Shaklee)..dia ni kira essential nutrient...yg pasti bila Mcik Adah ambil dalam masa seminggu dah bleh rasa badan semakin sihat...xder lg lemah badan..Alfalfa Complex (Shaklee) mengandungi medicago sativa lbh kurang mcm kacip fatimah ler...tapi yg pasti bila Mcik Adah ambil mesti minum air dalam kuantiti yg banyak...sbb rasa panas dalam badan...
- Mcik Adah ni jgk ada penyakit Gastrik...dpt penyakit ni semenjak mengandung...lekatla sampai sekarang...ubat Gastrik tu dh mmg mcm kawan dah ngan Mcik Adah ni..pegi mana pun mestia bawa dia sekali...tapi leganyer sekejapja...pastu 2ke 3 hari jadi balik....kesnya...sbb xpantang makan..main bedal ja...asal lidah ni puas, mulut boleh kunyah, esofegus bleh menelan kira ok....hahaha..bilamana terbeli skali ngan ESP soy Protein Isolate Powder(Shaklee) masalah gastrik dah makin kurang....bohongla kalu ada yg cakap mkn benda ni xlapar...lapar tetap lapar...tapi xpedih perut...paling ketara kalau Mcik Adah puasa..perut dah xrasa pedih dan xlarasa nak muntah sgt....maknanya benda ni berkesan untuk orang yang berdiet (bukan xmakan tapi mengurangkan kuanti makanan yang diambil)...
Pasal nk jadi geng ratu...kena pikir strategi lain plak rasanya....g aerobic ker... sekarang fokus nak jadi lebih sihat....ceeehh..bila nk jd kenyataan ntah..asyik nak ja...buatnyer belummm...huhuhu