Powered By Blogger

Saturday, 6 July 2013

Khasiat madu kelulut


Madu berasal daripada sari bunga ( yang ni Mcik Adah tau cuma madu kelulut tak tau..ingat madu ni same je semuanyer..)Madu kelulut ini sudah lama diperkenalkan cuma Mcik Adah agak ketinggalan untuk mengetahui khasiat madu kelulut ini. Itupun selepas ayahanda saya telah mengesyorkan madu kelulut ni disebabkan masalah Astma saya yg semakin teruk.. Apa itu kelulut? Kelulut ini merupakan keluarga lebah juga, namun ia lebih kecil dan tidak bersengat. Seperti lebah, Kelulut ini juga membentuk koloni sosial yang kompleks.  Kelulut ini biasanya bersarang pada batang kayu yang telah ditebang.

Kelulut ini menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan antioksidannya. Berbeza sedikit dengan madu biasa, madu dari lebah Kelulut ini berasa sedikit masam dan berwarna lebih cerah (first time rasa ingat dh rosak or basi...nasib baik hubby I bg tau kata mmg cm gitu rasanya). Propolis pula boleh berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang yang biasanya digunakan sebagai bahan aktif dalam kosmetik, krim dan tablet.  Madu kelulut ini masih dalam kajian dan bakal dikomersilkan .
Propolis terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah dari pohon yang mengandungi getah. Lebah kelulut kemudian memprosesnya sehingga membentuk propolis, bahan yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. Propolis mampu merawat ulser dan mencuci buah pinggang serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser –Hamdan Sipon, Pembantu Penyelidik MARDI Sedang. Rujuk keratan akhbar Mingguan Malaysia 17 Ogos 2008.

  Antioksidan ini pula banyak fungsinya terutamanya dalam masalah penyakit kanser. Antara penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan propolis pula ialah penyakit diabetis mellitus, strok, hepatitis, kanser, hipertensi, batu karang dan HIV/AIDS.


Berdasarkan kajian yang dilakukan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Siti Amrah Sulaiman, dari USM menyatakan bahawa madu Kelulut ini mampu menurunkan paras glukos pesakit diabetes dan berkesan untuk menecegah kanser dan gout.

Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” 
Secara amnya, madu ( tak kira apa jenis madu sekalipun) telah terbukti menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia melalui Al Quran dan kajian secara ilmiah oleh pakar perubatan. 

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.

Secara ringkasnya fungsi madu kelulut ialah: 

·        Meningkatkan daya tahan tubuh
·        Mencegah serangan strok
·        Melancarkan peredaran darah
·        Meningkatkan pengeluaran hormon
·        Memperkuat fungsi otak dan jantung
·        Memperbaiki sel tubuh yang rosak
·        Mengendurkan urat-urat yang tegang
·        Menghilangkan rasa letih, meningkatkan  
         metabolisme badan
·        Meningkatkan kecerdasan anak
·        Boleh dinikmati oleh pesakit diabetis
·        Membantu masa penyembuhan selepas 
            pembedahan
·        Mencegah kanser
·        Mengurangkan resdung
·        Membantu penyembuhan luka diabetes
·        Merawat batuk, selsema dan sakit kerongkong
·        Mencegah pembentukan batu karang
·        Membantu menurunkan tahap tekanan darah
·        Merendahkan tahap kandungan gula dalam 
            darah
·        Melancarkan pernafasan
·        Mengurangakan lelah/asma dan banyak lagi...

punca kanak-kanak 'memberontak'




Meragam atau 'memberontak' adalah salah satu sifat semula jadi yang ada pada kanak-kanak namun ada kala sifat ini menimbulkan kerunsingan dan kemarahan orang sekeliling terutama ibu bapa sendiri.
Bagi mengawal tabiat tersebut ibu perlu menggunakan pendekatan terbaik dan bersesuaian dengan jiwa si kecil iaitu dengan mengenalpasti apa pencetus kepada sikap mereka itu.
Seorang pakar psikologi yang juga penulis buku No More Meltdowns, Jed Baker, menggariskan enam punca utama yang kenapa kanak-kanak meragam dan cara mengatasinya.

 1. Isu biologi
Kebanyakan kanak-kanak bertukar menjadi cepat marah apabila mereka lapar atau letih. Cara penting mengelakkan situasi itu adalah dengan membekalkan makanan ringan digemarinya dalam perjalanan, sementara menunggu untuk makan di restoran.
Bagi mengelakkan kanak-kanak terlalu letih juga, pastikan mereka mendapat rehat mencukupi sebelum keluar rumah dan jangan terlalu lama berkunjung ke sesuatu tempat. Kanak-kanak akan lebih mudah bertolak ansur apabila di dalam jadual perjalanan yang diatur, mereka turut dibawa ke taman rekreasi.

2. Kekurangan aktiviti
Ketiadaan aktiviti yang boleh dibuat dalam tempoh masa lama juga menyumbang kepada sikap 'memberontak' kanak-kanak. Jika ibu bapa tidak menentukan sebarang aktiviti untuk anak-anak, mereka akan menciptanya sendiri yang akan mewujudkan ketidakpuasan ibu bapa. Sediakan bahan teka-teki, permainan, projek seni, buku, video dan aktiviti yang dapat mengurangkan ketegangan kanak-kanak menunggu.

3. Kehendak
Kebanyakan kanak-kanak akan berasa tertekan apabila diarah menyiapkan kerja rumah atau melakukan aktiviti baru. Bagi menangani perkara ini, anda perlu menjadikan arahan itu sebagai permainan untuk menimbulkan minat mereka seperti memberikan hadiah apabila mereka menyiapkan setiap tugasan.
Sekiranya kanak-kanak takut untuk mencuba sesuatu yang baru, jangan memaksa. Apa yang penting, bantu mereka menanganinya dengan meminta mereka melihat secara terperinci aktiviti berkenaan sebelum mencubanya secara perlahan.


4. Menunggu
Ada pula kanak-kanak yang akan 'memberontak' apabila tidak memperoleh apa diingini atau dilarang melakukan sesuatu perkara. Sebenarnya mudah untuk kanak-kanak bertolak-ansur berhubung perkara ini sekiranya mereka dapat melakukannya walau sebentar.
Jadi ibu bapa perlu membenarkan mereka meneruskan keinginan itu dengan syarat mengehadkan masa supaya mereka berhenti melakukan aktiviti dalam tempoh tertentu. Apabila kanak-kanak menentang untuk berhenti melakukan aktiviti digemari, pujuk mereka dengan cara terbaik seperti menjanjikan aiskrim jika mereka berhenti bermain di taman permainan dan mengikut anda pulang.

5. Bina semangat
Sesetengah kanak-kanak bersikap 'amat sempurna' dan 'tidak boleh menerima kekalahan' dalam segala tugasan seharian yang dilakukan. Anda perlu mengingatkan mereka bahawa anda sebenarnya mengagumi usaha yang dilakukan mereka walaupun hasil aktiviti yang dilakukannya tidak sempurna. Lebih baik, janjikan habuan jika mereka kalah sesuatu permainan bagi mengelakkannya merasa sedih atau rendah diri.

6. Melawan untuk perhatian
Bagi sesetengah kanak-kanak, sikap golongan dewasa yang tidak membenarkan mereka mengikuti aktiviti dilakukan akan membuatkan kanak-kanak merasa tersisih.
Kanak-kanak tidak akan meminta perhatian dalam keadaan yang tidak bersesuaian jika mereka memahami situasinya. Jika anda membawa kanak-kanak menemani anda bagi sebarang pertemuan atau tugasan penting, terangkan kepada mereka orang lain sama ada dewasa atau kanak-kanak tidak dibenarkan turut serta dalam perkara itu.


Sumber : Utusan Online


Friday, 21 June 2013

Teknik senaman yang betul dan salah


Kebanyakan kita tahu bahawa pentingnya melakukan senaman untuk mengelakkan kecederaan. Akan tetapi ramai di antara kita tidak sedar bahawa kesilapan dalam teknik bersenam boleh membahayakan otot dan keselamatan diri. So, di sini ada beberapa jenis senaman yang sering kita lakukan tetapi sebenarnya ia merupakan teknik yang salah... (termasuk Mcik Adah yang selalu buat dan suruh anak-anak murid buat time nak mula aktiviti padang...)perasan confident la konon depan budak-budak. Hahaha

Gambar 1


·     SALAH- Mendongakkan kepala ke belakang.
RISIKO – Boleh mencederakan sendi tulang di tengkuk.

·     BETUL- Memalingkan muka ke kanan dan ke kiri atau tolak kepala ke bawah dan tahan kedudukan selama 20-30 saat.
TUJUAN–Meregangkan  otot leher.


Gambar 2

·     SALAH- Lentik badan ke belakang
RISIKO- Boleh mencederakan sendi  vertebrata khususnya di bahagian pinggang.
 
·     BETUL –Tolak tangan dan panjangkan badan ke atas setinggi yang mampu dari tahan kedudukan selama 20 saat.
TUJUAN –meregangkan otot abdomen


Gambar 3

·     SALAH- Bangkit tubi kaki disangkut atau dipegang.
RISIKO- Boleh mencederakan bahagian belakang pinggang


·     BETUL- Bangkit tubi tanpa kaki disangkut  dan dipegang.
TUJUAN- Menguat dan mengempiskan otot abdomen



Gambar 4

·     SALAH- Melipatkan badan
RISIKO- Boleh mencederakan tulang belakang khususnya pangkal leher.

·     BETUL- Menarik peha ke dada
TUJUAN- Meregangkan otot pinggang dan belakang




So, Mcik Adah harapkan selamat bersenam kepada sume yer..bukannya apa utuk kebaikan kita gak...supaya risiko kecederaan dan pulangan optimum dapat dicapai...sekiranya ada lagi info yang Mcik Adah dpt daripada mana-mana artikel bekenaan info teknik senaman yang betul akan dikongsikan lagi di masa akan datang yer...



Sunday, 26 May 2013

Pentingkah vitamin dan suppliments tambahan dalam kehidupan kita?


Seringkali kita dengar tentang ungkapan meningkatkan tenaga, mengurangkan berat badan, mengatasi tekanan, meningkatkan prestasi, dan mengurangkan kedut! Apa reaksi kita?Mesti teruja kan?Termasukla Mcik Adah ni....hehehe

Bila Mcik Adah dengar ja terus terbayang tetiba badan cantik cam Erra Fazira la,Ziana Zain dan seangkatan yang mengancam gitu...Mcik Adah pun dengan tak berfikir panjang, tak pandang ke belakang ( bukan sebab orang larang yer..) terus membeli sebanyak mungkin vitamin dan supplements yang disyorkan...kerana sudah tidak tahan melayan kesedihan apabila terpaksa meninggalkan baju yang semakin mengecil (baju gak la yg salah yer) heheehe.Biarla Mcik Adah berhabis beratus-ratus ringgit asalkan impian Mcik Adah nak melaram ngan baju baru yg lebih hangat,menyengat dan tertambat hati sesiapa yg memandangnya... (Cheehh waaahh...) perasan la konon...

Malangnya hidup tak seindah impian (cam tajuk novel la plak)...nak dijadikan cerita....pada satu malam, Mcik Adah telah bertemu dengan cik Google...dan ada maklumat yang telah disampaikan pada Mcik Adah....korang nak tau apa???? Meh cini Mcik Adah nak gi tau...kata-katanya berbunyi begini....

"Pakar mengatakan bahawa dalam makanan kita sememangnya sudah ada vitamin dan mineral, tetapi fungsi utama mereka adalah untuk mengisi jurang nutrien kecil. Mereka adalah "makanan" yang bertujuan untuk menambah diet anda, tidak mengambil tempat makanan sebenar atau pelan makanan sihat".

Meh kita tengok apa lagi yang Cik google bagitau kat Mcik Adah secara lebih mendalam berkenaan apa yang vitamin dan mineral boleh dan tidak boleh lakukan untuk kesihatan anda.

"Makanan Pertama, Kemudian Tambahan"

Vitamin dan makanan tambahan yang lain tidak boleh dijadikan pengganti makanan. Mereka tidak boleh menggantikan semua nutrien dan manfaat makanan keseluruhannya .sebaliknya hanya boleh menampung kekurangan nutrisi dalam badan kita. Ia juga boleh membantu mencegah kekurangan yang boleh menyumbang kepada keadaan yang kronik.Contohnya kalau kita rasa tulang kita dah xberapa nak kuat...makan vitamin D dan kalsium..insyaAllah berkesan.. Tetapi pokoknya Vitamin atau mineral bukanlah tiket untuk kesihatan yang baik.

"Kuasa besar dalam pinggan bukan dalam pil" 

Ia adalah lebih baik untuk mendapatkan nutrien anda dari makanan, "Makanan mengandungi beribu-ribu fitokimia, serat, dan banyak lagi yang bekerja bersama-sama untuk menggalakkan kesihatan yang baik yang tidak boleh ditiru dengan pil atau koktel makanan tambahan."

So....Mcik Adah pn terpikir.."Apa yang Vitamin dan Mineral Tambahan  boleh lakukan untuk aku?  Pentingka untuk Kesihatan aku? duit dah banyak habis ni....(huhuhu)


Sebelum Mcik Adah meninggalkan Cik google dia ada berikan beberapa tip  untuk pemilihan vitamin dan mineral. panjang gak la tipnya...

  • Fikirkan makanan berkhasiat dulu, dan kemudian baru tambah apa yang kurang. 
  • Mulakan dengan mengisi kereta runcit anda dengan pelbagai makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien. (yg ni Mcik adah lemah skit) huhu
  • Mengambil kira tabiat pemakanan anda. Menilai apa yang hilang dalam diet anda. Adakah anda mengelak daripada kumpulan makanan tertentu? (yg ni rasa cam confident bleh buat..sbb Mcik Adah kalau bab makan tolak batu n kayu ja) hahaha
  • Ambil seboleh-bolehnya tiga hidangan tenusu setiap hari untuk mengambil kalsium dan vitamin D tambahan untuk nutrien yang berkurangan.
  •  Pilih multivitamin yang menyediakan 100% atau kurang daripada Nilai harian (DV) sebagai sandaran untuk mengisi kekurangan nutrien dalam diet anda.( yg ni xpenah amik tau...nk kena check balik ni)
  • Adakah anda seorang penggemar makanan segera? Jika diet anda cukup banyak terdiri daripada minuman manis dan lain-lain yang rendah-nutrien, kentang goreng, dan burger, maka tambahan tidak adalah jawapannya.(Alamak...ni cam ner ni...patut Mcik Adah rasa cm xberkesan ja rupa-rupanya makanan paberet angkaranya...)
  • Dapatkan nasihat pakar diet berdaftar.
  • Ikut had pengambilan yang ditetapkan.Jangan ambil berlebihan  daripada 100% daripada DV kerana  berpotensi menyebabkan keracunan .
  • Pilih makanan yang kaya dengan kalium, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan daging kerana ia cara yang terbaik untuk mengisi kekurangan kalium,
  • Pilih multivitamin seperti kalsium dan vitamin D sebagai perlindungan 
Tamat saja pertemuan ngan cik google, mcm2x yg Mcik Adah rasa...Antaranya:
  1. rasa sedih (sbb dah habiskn hampir seribu ringgit)
  2. rasa kecewa (harapan nk melaram dah musnah)
  3. rasa gembira (sbb dapat informasi yang sangat berguna..ye la watnya Mcik Adah meroyan mkn belebihan supplements... nk kurus cepat la katakan...saya jgk yg sakit... ) 
Supplements yang Mcik adah beli bagai nak rak tu tetap Mcik Adah makan tapi niat untuk c-hat ja la dan di ambil dengan kuantiti yg betul...


  • Mcm Mcik Adah ni suka sakit lutut dan mudah lengoh badan..bila ambil calcium osteMatrix (Shaklee) rasa dah makin kurang..tapi makan berselang sebab Mcik Adah ni ada masalah sembelit...ter effect la jgk kalau mkn hari2.






  • Suka selsema pn yer jgk... so, Mcik Adah amik vita-C (Shaklee) Alhamdulliah..selsema pn kurang.Sebenarnya Mcik Adah cukup takut ngan selsema ni..kalau skali dia serang..alamak makin menjadi-jadi penyakit astma Mcik Adah ni...skrg astma pn dh jarang kena lega sangat....






  • Pastu Mcik Adah ambil Omega Guard (Shaklee)..yela..Mcik Adah ni tergolong dalam kumpulan yg sangat 'sihat'  kira golongan yang berisiko kolestrol tinggi kan....jd kena la buat seuatu kan...








  • Tadi kan Mcik Adah ada sebut pasal sembelit yer dak...jd I ni pun ambilla Herb-Lax (Shaklee)..benda ni mcm julap la...tapi bkn utuk mkn selalu..kalau time najis tegar tu kena la ambil n untuk cuci usus...bila lepas membuang hasil daripada penangan Herb-Lax (Shaklee) ni rasa ringan skitla badan ni...xder ler semput nak bergerak....



  • Tahun 2012 Mcik Adah bersalin secara Caesarean..pastu xderla mengurut bagai...ditambah plak Mcik Adah ni kategori xmakan dek saman...bodoh xleh nak tegur cerdik xleh nak menumpang...dibuatnya minum ais masa dalam pantang siap minum pepsi la...mkn KFC lg masa dalam pantang...mmg spesis berani mati Mcik Adah ni...tapi Alhamdulillah...xder perkara buruk yg berlaku....menggigil sikit2x tu adala...hahaha...(meroyan agaknya time tu)huhu..selepas 3 ke 4 bulan baru rasa badan ni cam xberapa nak fit...sampaila jumpa Alfalfa Complex (Shaklee)..dia ni kira essential nutrient...yg pasti bila Mcik Adah ambil dalam masa seminggu dah bleh rasa badan semakin sihat...xder lg lemah badan..Alfalfa Complex (Shaklee) mengandungi medicago sativa lbh kurang mcm kacip fatimah ler...tapi yg pasti bila Mcik Adah ambil mesti minum air dalam kuantiti yg banyak...sbb rasa panas dalam badan...

  • Mcik Adah ni jgk ada penyakit Gastrik...dpt penyakit ni semenjak mengandung...lekatla sampai sekarang...ubat Gastrik tu dh mmg mcm kawan dah ngan Mcik Adah ni..pegi mana pun mestia bawa dia sekali...tapi leganyer sekejapja...pastu 2ke 3 hari jadi balik....kesnya...sbb xpantang makan..main bedal ja...asal lidah ni puas, mulut boleh kunyah, esofegus bleh menelan kira ok....hahaha..bilamana terbeli skali ngan ESP soy Protein Isolate  Powder(Shaklee) masalah gastrik dah makin kurang....bohongla kalu ada yg cakap mkn benda ni xlapar...lapar tetap lapar...tapi xpedih perut...paling ketara kalau Mcik Adah puasa..perut dah xrasa pedih dan xlarasa nak muntah sgt....maknanya benda ni berkesan untuk orang yang berdiet (bukan xmakan tapi mengurangkan kuanti makanan yang diambil)...


 Pasal nk jadi geng ratu...kena pikir strategi lain plak rasanya....g aerobic ker... sekarang fokus nak jadi lebih sihat....ceeehh..bila nk jd kenyataan ntah..asyik nak ja...buatnyer belummm...huhuhu


Sunday, 5 May 2013

How to avoid children telling lies


Liar...liar!!!!!

________________________________________________________________________

Why do children lie?



All children lie occasionally but a variety of different reasons may prompt them to tell tales:
• Very young children do not understand the difference between what is the truth and what is not. Therefore, preschoolers'’ ‘lies’ often stem from innocent fantasy rather than deliberate deception. Children at this age frequently engage in ‘wishful thinking’: your little one says he didn’t hit his sister because he wishes he hadn’t, not because he is deliberately fibbing.
• Children often lie in an attempt to hide something they know they have done wrong in order to avoid the shame of disapproval and the negative consequences they anticipate adults will impose.
• Lies may also be used by children to avoid the inconvenience of adults’ rules e.g. lying about having completed homework in order to be able to go out to play.
• Children with low self-esteem may embellish the truth, brag or exaggerate in a bid to impress others or in an attempt to fit in with peers. Similarly, children who are feeling insecure may invent scenarios to try to get adults’ attention and interest.

How to encourage honesty

1. Calmly name the issue but don’t demand confessions

Don’t ask questions about behaviour if you already know the answer! Trying to force your child to confess is rarely effective: most children (and adults) will lie to protect themselves when put on the spot.
For a preschooler whose comments reveal a blurring of reality and fantasy, calmly tell them that you know what they are saying is untrue: “I know you’d love a pet cat, so you were imagining we’d got five kittens?
If you know your child is lying to avoid getting into trouble calmly describe the problem: “I see you got pen on the wall, how can we sort that out?” If possible, avoid lecturing or criticising your child as this tends to be counter-productive, leading to defensiveness and more lying.
Give your child the chance to make amends. For example, if you know they’ve not prepared their bag for school, don’t ask them: “Have you packed your bag?” (which just invites a lie). Instead, briefly describe the problem: “I noticed your bag isn’t ready.” Or better still, invite them to take responsibility: “Please show me your bag when it’s packed.”

Never call your child a liar; negative labels such as this can erode self-esteem and lead to self-confirming behaviour. Similarly, it is not helpful to bring up past transgressions “This is the third time you’ve lied about this”.
If you catch your child telling a blatant lie, tell them you know they’re not being honest: “I know that isn’t true. It’s normal to worry about telling the truth if we’re afraid we’ve done something wrong, but lying isn’t helpful. Let’s see what we can do solve the problem”

2. Try to understand why your child is finding it hard to be honest

It’s important to think about why your child feels she needs to lie. Perhaps your child lies about the marks she get at school because she is feeling overly pressurised to achieve. Or if your child repeatedly lies about their actions to avoid discipline, perhaps the consequences you are using are so severe that your child is too afraid to tell the truth. Remember that consequences are about teaching a child, not inflicting distress.
Once you’ve identified potential reasons for your child’s fibbing, encourage them to talk about their worries by calmly raising the issue in a supportive and warm manner: “It seems it’s really important for you to get good marks. Do you worry about disappointing us?”


3. Teach your child about why lying doesn’t work

Teach your child about the importance of telling the truth and how lying can stop people believing them even when they are being honest. A good way to do this is to read books with your child which give a clear message that lying is not helpful; 'The Boy who Cried Wolf’ is an obvious example. It helps to take time after reading the stories to chat with your child about what he has learnt. Remember this should be relaxed and fun, not a morality lecture!

4. Respond with clear consequences

By around the age of six, children are able to know the difference between truth and lies. So if they lie to try to cover up something they’ve done, it may be helpful to give consequences, both for the lying and for the behaviour they are attempting to conceal. Make it clear to your child that honesty will get your approval and mean they get off more lightly.
This approach means that if your child does something wrong they’re less likely to take the risk of covering up with a lie. Again, remember that consequences should not be overly severe as this may push your child to lie to protect themselves.

5. Set a good example

Remember that children learn more through watching other people’s behaviour than through any other form of direct guidance or discipline. Unfortunately this means that if you’re prone to being economical with the truth, be it mouthing “I’m not in” when your mother-in-law rings, or by taking a few years of your child’s age when buying a bus ticket, you will inadvertently be teaching your child that lying is acceptable.

6. Praise honesty

Always be encouraging and positive whenever your child tells the truth and praise them for being honest: “Thank you for telling me you broke the glass. I really like it when you’re honest”.
If your little one is going through a phase of frequent lying, set up a reward system so that she gets a sticker every day there are no lies. Agree in advance that she will get treats once a certain number of stickers have been gained.